CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

Pendidikan Kerohanian dan Moral

Pendidikan kerohanian dan moral di peringkat prasekolah sangat penting diberi perhatian supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan sifat terpuji.
Perhatian ini hendaklah diberi supaya perkembangannya selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini pasti tercapai sekiranya kanak-kanak prasekolah didedah dan diasuh dengan nilai berlandaskan prisip rukun negara.
Nilai-nilai kerohanian dan moral dapat disemai secara langsung dan tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti harian diperingkat prasekolah. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah kanak-kanak dibimbing untuk mengamalkan nilai-nilai moral yang baik. Sebagai contoh menghormati orang yang lebih tua, melafaz kata-kata syukur, menolong kawan, menyemai sikap kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan serta lain-lain.

0 comments: